Wednesday, 25 May 2016

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENARIK




 

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aktiviti yang wajib diadakan oleh guru semasa mengajar dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti aktiviti yang menarik, tempat yang selesa dan kondusif serta kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan. Oleh itu di bawah ini dicadangkan beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran menarik yang boleh membantu para pendidik mendapatkan idea bagi menghasilkan aktiviti-aktiviti PDP menarik untuk murid-murid.

1. Bermain
Kanak-kanak dan bermain adalah sinonim. Aktiviti bermain hendaklah mengikut kesesuaian tempat dan menepati objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai. Guru perlu memastikan permainan yang hendak dijalankan boleh dikawal dengan baik serta melibatkan keseluruhan pelajar di dalam menyertai aktiviti tersebut. Di antara contoh permainan yang boleh dijalankan adalah seperti berikut :

- Mencari perkataan tersembunyi di dalam kumpulan
- Cantumkan gambar ( puzzle )
- Pancing huruf dan perkataan

2. Bercerita
Bercerita juga adalah salah satu aktiviti yang dapat mengekalkan minat dan tumpuan murid-murid. Cerita yang disampaikan hendaklah berkaitan dengan matapelajaran yang diajar seterusnya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

3. Kuiz
Kuiz juga adalah di antara aktiviti PDP yang menarik minat murid-murid di dalam mengekalkan tumpuan dalam pembelajaran lebih-lebih lagi kuiz yang melibatkan markah kumpulan dan sedikit ganjaran hadiah kepada pemenang.

4. Menyanyi dan bernasyid
Aktiviti ini juga paling digemari oleh murid-murid. Guru boleh menggunakan lagu masa kini dengan diubah liriknya dengan isi pelajaran yang hendak diajar. Contohnya seperti nama-nama haiwan, buah-buahan dan nama-nama anggota badan. Ini adalah contoh aktiviti bahasa yang dapat membantu murid-murid mengingat dengan mudah.

  • Klik link di bawah untuk melihat VIDEO contoh PDP menarik.


  • Klik link di bawah untuk melihat perbincangan tajuk berkaitan 


  • Lihat juga perkongsian SLIDE SHOW tentang strategi dan pendekatan PDP


  • Pengajaran dan penyampaian berkesan. pdf